Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

6 September 2019 – Bengkel Pemerkasaan Modul Tier 3 Malaysia Future Leaders School (MFLS) telah berlangsung pada 5 – 6 September 2019 bertempat di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur. Bengkel ini dianjurkan oleh Kluster Kepimpinan Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia.

 
Bengkel ini bertujuan untuk memurnikan modul Tier 3 MFLS agar lebih bertepatan dan bersesuaian dengan mengambil kira hasil pelaksanaan Tier 2 MFLS. Perbincangan selama 2 hari ini juga fokus untuk mendapatkan input dan kolaborasi strategik bersama pemegang taruh MFLS dan penyelarasan tanggungjawab serta peranan pemegang taruh di dalam pelaksanaan modul Tier 3.


Bengkel ini melibatkan kehadiran Pegawai dari Agensi Kerajaan, GLC, Sektor Korporat dan NGO antaranya dari KPM, JPA, IDFR, SPA, UPM, KBS, UMW Corporation, Samsung Malaysia Electronics, GEN My, Media Prima Berhad, MBM, IYC, Global Wellnes Foundation, MIDP, Islamic Relief, Malaysia Relief Agency (MRA), United Nation Association of Malaysia, Yayasan Hasanah.

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable