Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KUALA LUMPUR - Bengkel Personal Gromming: Turning on Expression to Impressions – Personality Development 101 anjuran Pengurusan yang telah dikendalikan oleh Cik Karina Jardin daripada Personality Development Coach Business Development Consultant/President AK Jardin & Associates pada 22 Mac 2015 bertempat Bilik Anggerik, Pusat Belia Antarabangsa (IYC).

Seramai 18 orang peserta terdiri daripada kakitangan IYC dan pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia. Para peserta diberi pendedahan asas berkaitan bagaimana cara untuk memperbaiki personaliti diri, iaitu mempelajari teknik berjabat tangan yang betul, pemilihan pakaian mengikut bentuk badan, cara bersolek dan pemilihan alat solek yang betul dan aktiviti permainan meneka perkataan. Bengkel ini diadakan selama setengah hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari

 

Bengkel ini turut dihadiri oleh Cik Azura Bt. Abidin, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Bengkel ini diakhiri dengan sesi foto berkumpulan dan jamuan makan tengahari.

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable