Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

MALDIVES, 24 Februari – Seramai 41 orang belia telah berjaya menamatkan Program Pertukaran Belia Antarabangsa Malaysia-Maldives anjuran Pusat Belia Antarabangsa (IYC) bertempat di Male, Maldives baru-baru ini. Program ini telah berlangsung selama tujuh hari bermula 17hb dengan pre-departure training di IYC manakala di negara Maldives bermula pada 18 hingga 23 Februari 2017 dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia (KBS) dan Asian Youth Council (AYC). Program ini juga mendapat kerjasama dari Kementerian Belia dan Sukan Maldives, Kementerian Gender, Keluarga dan Hak Asasi Manusia Maldives dan Regional Alliance for Fostering Youth (RAFY).

Antara objektif adalah untuk menyatukan ikatan persahabatan antara dua (2) buah negara Malaysia dan Maldives, selain itu dapat memupuk nilai kesukarelaan dalam diri belia, membina jaringan hubungan serta menyediakan peluang peserta untuk meneroka budaya di negara yang berbeza dan mengembangkan potensi mereka ke arah kecemerlangan.

Peserta-peserta program yang terdiri daripada belia yang berumur 15 tahun dan ke atas mewakili Persatuan, NGO, pelajar-pelajar, sektor kerajaan, sektor swasta, individu dan termasuk wakil daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) iaitu Puan Junaine bt. Mohamad yang dilantik untuk mengetuai program ini.

Para peserta program turut dibawa melawati beberapa tapak bersejarah dan tempat yang bersesuaian dengan hala tuju program seperti melawat ke Housing Development Corporation (HDC), Pusat Belia Male yang memberi fokus kepada pendidikan sosial dan Pusat Belia Villimale yang memberi fokus kepada sukan, Sulthan Park, Muzium Negara, Friday Mosque, Perpustakaan Negara, Fish Market, Monument Tsunami dan persekitaran di 5 buah pulau.

Para peserta juga berpeluang menanam pokok di Bandar Belia Fasa Kedua di Hulhumale bersama Timbalan Menteri Gender, Keluarga dan Hak Asasi Manusia Maldives sebagai tanda sokongan belia Malaysia terhadap alam sekitar di Pulau buatan tersebut.

Program ini diakhiri dengan pengalaman aktiviti snorkeling di Pulau Maafushi dan Sand Bank untuk melihat kehidupan di dasar laut serta flora dan fauna yang amat jarang di dapati di tempat lain.

 

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh: Sofia Aniza bt. Hj. Shafiei

 

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable