Kuala Lumpur, 28 Mei 2022 - Telah berlangsung Kursus Asas Berkebun pada hari ini yang merupakan salah satu aktiviti di dalam Program Youth Agrocity, Kementerian Belia dan Sukan. Kursus ini merupakan kerjasama di antara IYC, JBSN dan Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian.
Kursus ini menekankan perkara asas berkaitan pertanian di mana ianya merangkumi teknik menyemai biji benih, membuat perangkap serangga, mengenal serangga dan perosak dan menentukan tanah yang sesuai untuk bertani.
Kursus ini telah disertai seramai 35 orang yang merangkumi golongan belia dan golongan B40 komuniti setempat. Seramai 8 orang tenaga pengajar daripada Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian turut serta dalam kursus kali ini. Kursus ini juga telah diadakan di Bilik Berlian dan Fit Arena, IYC.