Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Berita IYC

Kuala Lumpur, 16 Oktober 2017 – Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Kejohanan Bolasepak Persahabatan 4 Penjuru Sempena Hari Sukan Negara 2017 pada 14 Oktober 2017 bertempat di Padang Bolasepak Bandar Tun Razak. Kejohanan ini telah disertai oleh pasukan bolasepak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Belia Malaysia (MBM), pasukan Otai Bandar Tun Razak serta pasukan daripada IYC. Kejohanan yang julung kali diadakan ini telah dimenangi oleh pasukan bolasepak MBM manakala naib johan pula pasukan Otai Bandar Tun Razak. Tempat ketiga jatuh kepada IYC dan pasukan KBS mendapat tempat keempat.

Kejohanan yang bermula pada jam 8.30 malam itu, telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Lokman Hakim b. Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Yayasan Pusat Belia Antarabangsa. Antara objektif pelaksanaan program ini adalah menggalakkan aktiviti gaya hidup sihat kepada komuniti setempat amnya di sekitar Bandar Tun Razak serta merupakan salah satu platform untuk mempromosikan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC).

                                                                                                 Ditulis oleh : Jadzreill B. Jaafar                                                                                                   E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

                                                                                              Disunting oleh : Marzuki B. Hashim                                                                                                E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Kuala Lumpur, 9 Oktober 2017 – Pengurusan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan kerjasama Jawatankuasa Kecemasan dan Kebakaran IYC telah menganjurkan Kursus Asas Pertolongan Cemas di Bilik Bunga Raya dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan pengetahuan tentang cara-cara asas pertolongan cemas yang merupakan aspek penting dalam pelaksanaan Jawatankuasa Kebakaran dan Kecemasan di kalangan kakitangan IYC. Para peserta juga diajar tentang kaedah yang betul dalam memberikan rawatan awal, Pelan Persediaan Kecemasan, Resusitasi Cardiopulmonary (CPR) serta sesi praktikal yang dibantu oleh pakar Paramedik dan Jururawat bertauliah.

Ceramah kursus ini telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan dan kakitangan dari Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Ceramah kursus ini juga telah dibahagikan mengikut slot-slot tertentu yang disampaikan oleh En. Ahmad Jailani, En. Abdul Karim, Dr. Azlan Helmi, Dr. Farrael, Dr. Hidayah, Dr. Naimah serta dibantu oleh Dr. Nasrul, En. Siva dan Pn. Aqilah.

Majlis penutup serta penyampaian cenderamata kepada penceramah disempurnakan oleh Tn Hj. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC).  Menurut beliau, kursus ini sangat baik dan diharapkan dapat memberikan pengetahuan asas dalam memberikan pertolongan cemas kepada kakitangan dan pelanggan-pelanggan IYC khususnya dan diharapkan ianya dapat membantu memberikan pertolongan awal sekiranya berlaku kecemasan di tempat kerja atau di mana sahaja kes kecemasan.

                                                                                         Ditulis oleh : Mohd Fauzi Khalip                                                                                           E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

                                                                                    Disunting oleh : Hasnila Bt. Mohd Jani                                                                                         E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

Sub-kategori

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable