Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Satu sesi perkongsian mengenai aeroangkasa negara ini telah diadakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada wakil Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Dewan Perniagaan Usahawan Agropreneur Muda, Majlis Belia Asia (AYC), Malaysia Humanitarian Movement, MyCorps dan kakitangan IYC sendiri.

Perkongsian ilmu ini yang bertajuk Membangunkan Bangsa Angkasa – Suatu Perspektif Kejuruteraan Masa Hadapan telah disampaikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Kamarul Arifin Ahmad dari Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Beliau yang kini dipinjamkan oleh sebuah universiti tersohor di Riyadh, Arab Saudi sedang bercuti di negara ini. Peluang ini telah diambil oleh IYC dengan memberi ruang kepada beliau untuk berkongsi ilmu bersama golongan muda. Kejayaan beliau dalam bidang ini merupakan satu gambaran positif kejayaan belia Malaysia memperlengkap diri dalam bidang keilmuan dan profesionalisme sehingga diterima di peringkat antarabangsa.

Menurut Dr. Kamarul, negara ini masih lagi menjadi pengguna dalam bidang aeroangkasa kerana ketidakmampuan Malaysia membangunkan teknologi aeroangkasanya sendiri. Malaysia perlu menghadapi beberapa cabaran dalam mengembangkan teknologi angkasa di mana perlu bersaing dengan beberapa buah negara maju.

  

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh: Marzuki bin Hashim

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable