Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 KUALA LUMPUR, 19 Jun 2017 – Seramai 41 orang anak-anak yatim dari Rumah Kasih Nurul Hasanah yang diraikan dalam Majlis Iftar Ramadan anjuran Pusat Belia Antarabangsa (IYC) minggu lalu.

Sekali lagi dalam bulan ramadan yang mulia ini, Pengurusan IYC mengambil kesempatan meraikan anak-anak yatim dan seterusnya mengeratkan silaturrahim dengan rakan-rakan IYC, NGO's dan penyewa dalam Majlis Iftar IYC 2017. Tuan  Hj. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee, Pengarah IYC bersama mengiringi YBhg. Datin Wan Razanawani, Pengerusi Puspanita Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menyempurnakan pemberian duit raya kepada Anak-anak Yatim bersama Tn.

 Kehadiran tetamu hampir 250 orang telah memeriahkan majlis tersebut. Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah Ahli Lembaga Amanah dan Ahli Yayasan YPBA ialah YBhg. Dato’ Hj. Mohd Soffian bin Abd. Rahim, Cik Tomoko Takahashi, YBhg. Datuk Seri AR. Mohammed Azman bin Md Yusoff, YBhg. Dato’ Azhar bin Mohamed Isa dan Pegawai Kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). 

 IYC juga merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah memberikan sumbangan dan penajaan dalam menjayakan majlis ini.

 

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin 

                                                                     E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.                                                                     

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable