Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2017 Pengurusan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah menerima satu lawatan kerja daripada 2 orang wakil pegawai dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam iaitu Tuan Hj. Muhd Nurul Azrin bin Hj. Gani, Pegawai Latihan (Pembangunan Sumber Manusia dan Pembangunan Belia) dan Tuan Hj. Muhd Sofian bin Hj. Amit, Penyelia Pusat Belia (Pengurusan Pusat Belia) pada 23 Mei 2017, semalam.

Tujuan lawatan ini adalah bagi mendapatkan maklumat berkaitan program pembangunan belia, fasiliti dan kemudahan yang disediakan oleh PBA. Selain PBA, 2 orang wakil pegawai ini juga telah dibawa melawat ke agensi – agensi KBS yang berkaitan seperti Majlis Sukan Negara, Perbadanan Stadium Malaysia, Institut Sukan Negara dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Taklimat berkaitan PBA telah disampaikan oleh En. Marzuki bin Hashim, Eksekutif Kanan Pemasaran dan Fasiliti sebagai wakil Pengurusan PBA. Sesi taklimat telah disampaikan di Pusat Sumber Belia PBA. Selain daripada sesi taklimat, mereka telah dibawa melihat bilik – bilik kemudahan dan penginapan yang ada di PBA seperti bilik seminar, dewan dan bilik penginapan. Mereka juga telah dibawa untuk melihat projek pertanian bandar (Urban Farming) PBA yang merupakan projek terbaru PBA.

Sesi taklimat dan lawatan telah diakhiri dengan penyampaian cendaramata kepada  kedua – dua wakil agensi.

 

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh: Marzuki bin Hashim

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

INFO TERKINI

Pendaftaran bagi Kejohanan Bola Jaring Terbuka IYC 2018 dibuka sekarang ! Sila klik Borang Pendaftaran untuk mendapatkan borang pendaftaran.

 

Pendaftaran bagi Kem Olahraga IYC 2018 dibuka sekarang ! Sila klik Borang Pendaftaran untuk mendapatkan borang pendaftaran.

 

Pendaftaran peserta International Youth Exchange Programme 2018 dibuka sehingga 15 Februari 2018. Sila layari laman sesawang Pusat Belia Antarabangsa (IYC) www.iyckul.org.my untuk maklumat lanjut.  Sila klik Borang Pendaftaran untuk mendapatkan borang pendaftaran.

 

KENYATAAN MEDIA : ACARA KLANG CITY INTERNATIONAL MARATHON 2017

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable