SEJARAH

Pusat Belia Antarabangsa (IYC) ditubuhkan oleh kerajaan melalui keputusan Jemaah Menteri pada 6 Februari 1985 dan dirasmikan pada 16 April 1988 oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia (Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed).

Seorang Tan Sri Kampo Harada (Mendiang) dari Nihon Shuji Educational Federation, Jepun telah bersetuju menderma 1 Billion Yen (RM10 Juta) pada tahun 1985 kepada kerajaan Malaysia bagi tujuan membina Pusat Belia Antarabangsa yang dimaksudkan. Pusat Belia Antarabangsa telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125]. Walaupun ia didaftarkan di bawah Akta Syarikat, tetapi ia bersifat sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (Company Limited by Guarantee and Not Having A Share Capital), berorientasikan perkhidmatan (Service Oriented) dan tidak mencari keuntungan.

Dari segi sejarahnya, termeterai perjanjian persefahaman di antara penderma dan kerajaan di mana kerajaan Malaysia dikehendaki memberi peruntukan tahunan untuk mengurus dan mentadbir IYC, manakala Ketua Setiausaha Kementerian (Kebudayaan) Belia dan Sukan Malaysia atas sifat jawatannya bertanggungjawab menjaga kepentingan kerajaan dengan mengetuai Lembaga Amanah tersebut sebagai Pengerusi.

Persetujuan tersebut tercatat di dalam kertas Kabinet bertarikh 6 Februari 1985. Ahli Lembaga Amanah YPBA terdiri daripada 11 orang, 6 dari Malaysia (termasuk Pengerusi) dan 5 dari Nihon Shuji Education Foundation, Japan (termasuk Naib Pengerusi).

Pilihan Bahasa

Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
Our next event in

HEBAHAN DAN MAKLUMAN

TEMPAH BILIK PENGINAPAN DAN BILIK KEMUDAHAN ANDA SEKARANG !

Sila layari laman sesawang tempahan kami di https://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa atau hubungi talian tempahan kami di 03 - 9171 9204/05.

 

DAPATKAN TIKET ACARA - ACARA KUALA LUMPUR 2017 - SUKAN SEA KE 29/SUKAN PARA ASEAN KE - 9 SEKARANG !

Sila layari laman sesawang http://kualalumpur2017.com.my/ untuk mendapatkan tiket anda.

 

PRESS STATEMENT

Dato' Seri Zolkples Embong

Chief Executive Officer of The Malaysian SEA Games and Para ASEAN Game Organizing Committee (MASOC) 

http://www.kbs.gov.my/my/ 

 

 

BOOK YOUR ROOM NOW !

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable