TAJUK PROGRAM : WEBINAR IYC : PASCA COVID-19
TEMA : DIASPORA BELIA MALAYSIA : ANAK MUDA DI RANTAUAN
TARIKH : 21 MEI 2020 (KHAMIS)
MASA : 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
PENGENALAN
Berdasarkan keadaan semasa, Malaysia dijangka mengalami perubahan besar, terutamanya dalam landskap sosioekonomi masyarakatnya akibat pandemik virus Covid-19. Sehubungan dengan itu, sesi Webinar Pusat Belia Antarabangsa (IYC) akan membincangkan isu-isu berkaitan anak muda, masyarakat dan negara dalam situasi pandemik virus Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seringkali kita mendengar tentang anak – anak Malaysia yang berhijrah ke luar negara. Samada bagi tujuan menyambung pelajaran, arahan bertugas mahupun mencari peluang pekerjaan yang lebih baik ianya pastinya menimbulkan pelbagai persoalan dan tanggapan. Namun begitu, pada dasarnya, merantau ke negara orang pastinya memberi seribu satu pengalaman kepada individu itu sendiri. Cabaran, halangan pastinya sebati dan menjadi asam garam perantau di luar negara.
Webinar kali ini mengupas isu anak perantauan di luar negara terutamanya ketika menghadapi penularan pandemic Covid-19.
MODERATOR
Dr. Mohamed Maliki b. Mohamed Rapiee
Beliau adalah Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC), juga merupakan mantan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Beliau seorang yang meminati kerja-kerja kemanusiaan dan pembangunan belia di negara ini khususnya ke arah pengantarabangsaan belia.
Signifikan dengan sumbangan beliau kepada pembangunan belia luar negara, beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung Majlis Belia Asia (AYC) telah menerima anugerah Global Youth Icon Award 2017 daripada organisasi belia antarabangsa semasa menghadiri Global Youth Peace Festival di Chandigargh, India.
Berlatarbelakangkan sebagai seorang kaunselor, jiwa beliau amat dekat dengan komuniti, khususnya orang muda.
PANEL JEMPUTAN
Sdr. Arahman Satar
Arahman merupakan Risk Analyst Officer di sebuah syarikat media social yang terbesar di Dublin. Berkelulusan Ijazah Kepujian dalam Bidang Pemasaran, beliau telah menetap di Dublin semenjak tahun 2009.
Sdr. Norhanizan Hj. Onan
Berasal dari Muar dan kini menetap di Iwaki, Fukushima, Jepun. Mendirikan rumahtangga dengan rakyat Jepun dan dikurniakan dua cahaya mata. Mempunyai ijazah dalam Kejuruteraan Jentera dan Mekanikal.
Sdr. Noorhaza Alias
Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Haza ketika ini sedang menyambung pengajian dalam bidang International Humanitarian Action (sarjana) di University of Groningen, The Hetherlands. Pernah mengikuti misi kemanusiaan di Lebanon semasa misi MyCorps Middle East, seterusnya bekerja sebagai Sekretariat MyCorps sebelum meneruskan pengajian di Netherlands. Merupakan lulusan Kejuruteraan Biotenologi (ijazah) dan Kejuruteraan Tenaga (sarjana).
Sdr. Raudhah Mohd. Salleh
Merupakan alumni MyCorps yang kini sedang mengikuti pengajian (tahun akhir) dalam MSc. Material Science di Eotvos Lorand University di Budapest, Hungary.
RUMUSAN
Webinar IYC : Pasca Covid-19 siri 3 ini bakal membuka pandangan baru, input berbeza bagi pembangunan semula ekonomi anak muda di samping mempraktikkan norma baru menjelang pasca Covid-19. Siri 3 bertemakan Diaspora Belia Malaysia : Anak Muda di Rantauan memberikan platform bagi professional, pelajar di luar Negara berkongsi cabaran, halangan dan pelbagai lagi perkara hanya berlaku di Negara luar. Barangkali maksud pepatah ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri’ dapat dirungkai dan diperjelaskan.
Sila klik pautan ini untuk mendapatkan Borang Pendaftaran
Jom dapatkan tawaran menarik dari kami !!!!
Harga serendah RM 25/pax
beserta sarapan pagi @ minum petang untuk
Pakej Mesyuarat di IYC.
tempah sekarang
Hubungi kami di;
03-91719204/05
Dapatkan harga serendah RM 80
untuk Bilik Penginapan di IYC !!!
Apa tunggu lagi !!!
Untuk pertanyaan dan tempahan boleh
hubungi IYC di talian 03- 91719204/05
Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).
Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.
TEMPAH KEMUDAHAN IYC
Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa