Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

TAJUK PROGRAM

WEBINAR IYC : PASCA COVID-19

TEMA

SUKARELAWAN : SEMANGAT DAN CABARAN MUSIM PKP

TARIKH

14 MEI 2020 (KHAMIS)

MASA

11.00 PAGI - 1.00 PETANG

 

PENGENALAN     

Berdasarkan keadaan semasa, Malaysia dijangka mengalami perubahan besar, terutamanya dalam landskap sosioekonomi masyarakatnya akibat pandemik virus Covid-19. Sehubungan dengan itu, sesi Webinar Pusat Belia Antarabangsa (IYC) akan membincangkan isu-isu berkaitan anak muda, masyarakat dan negara dalam situasi pandemik virus Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sedar atau tidak terdapat banyak watak wira / hero / pejuang muncul sewaktu sepanjang PKP. Sudah tentulah barisan petugas seperti doctor, jururawat dan mereka yang berhadapan secara terus menangani Covid-19 di Negara kita.

Walaubagaimanapun terdapat juga individu – individu yang turut menyumbang menangani isu – isu sosial masyarakat, seperti menyampaikan maklumat yang tepat kepada semua, mereka yang mengambil risiko sebagai untuk menyampaikan bantuan terhadap sesama insan yang kurang bernasib baik sepanjang PKP untuk memutuskan rantaian Covid-19.

 

MODERATOR

Dr. Mohamed Maliki b. Mohamed Rapiee

Beliau adalah Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC), juga merupakan mantan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Beliau seorang yang meminati kerja-kerja kemanusiaan dan pembangunan belia di negara ini khususnya ke arah pengantarabangsaan belia.

Signifikan dengan sumbangan beliau kepada pembangunan belia luar negara, beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung Majlis Belia Asia (AYC) telah menerima anugerah Global Youth Icon Award 2017 daripada organisasi belia antarabangsa semasa menghadiri Global Youth Peace Festival di Chandigargh, India.

Berlatarbelakangkan sebagai seorang kaunselor, jiwa beliau amat dekat dengan komuniti, khususnya orang muda.


PANEL  JEMPUTAN

Pn. Syahirah Yahya (Pai)

Pai, berumur 35 tahun berasal dari Pahang merupakan bekas Penyampai Radio RTM dan juga bekas Pegawai Penerangan. Pai sekarang merupakan Wartawan Wakil Astro Awani, Pahang, Penerbit host Special Report TV, terlibat aktif dalam Online Digitalbone TV dan juga sebagai Wartawan Berita Pahang, selain turut aktif terlibat dengan 52 NGO di Pahang.

Sdr. Khairul Annuar Mansur

Khairul merupakan Presiden Myhumanitarian (Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia). Berusia 41 tahun, Khairul pernah menyandang jawatan sebagai Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Merupakan seorang usahawan, beliau sentiasa aktif terlibat di dalam kerja – kerja pembangunan belia serta kerja – kerja kesukarelaan di Malaysia.


RUMUSAN

Webinar IYC : Pasca Covid-19 bakal membuka pandangan baru, input berbeza bagi pembangunan semula ekonomi anak muda di samping mempraktikkan norma baru menjelang pasca Covid-19.

 

Sila klik pautan ini untuk mendapatkan Borang Pendaftaran

MAKLUMAN TERKINI

Makluman  

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

IKLAN JAWATAN KOSONG

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di Pusat Belia Antarabangsa seperti berikut :

- Atendan Penginapan

Borang Permohonan boleh dimuat turun di pautan berikut 
http://www.iyckul.org.my/en/component/jdownloads/download/1-root/47-borang-jawatan-atenden-penginapan.html?Itemid=1291

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable