
Kuala Lumpur, 25 September 2021 - Webinar IYC yang telah dilaksanakan pada hari ni dengan topik kesedaran mental telah melibatkan penyertaan seramai 47 orang belia. Panel- panel yang berpengalaman dan perkongsian hebat dalam sesi ini sedikit sebanyak menjadi titik tolak kepada langkah anak muda untuk membantu remaja atau belia lain diluar sana yang sedang mengalami tekanan dan mencari-cari sokongan dan bantuan untuk menempuhi cabaran kehidupan. Kesedaran terhadap kesihatan mental dalam kalangan masyarakat di negara ini masih kurang dan tidak dinafikan masih ramai yang mempunyai stigma terhadap kesihatan mental sehingga mendiskriminasikan individu yang berdepan masalah ini.
Malah tidak kurang juga yang melabel pesakit mental sebagai ganas, tidak siuman, gila, tidak boleh berdikari, kurang iman dan sebagainya yang mengakibatkan mereka terus tertekan dan menjauhkan diri daripada masyarakat.
Oleh itu, pengetahuan yang betul berkenaan kesihatan mental dan bimbingan perlu dipertingkatkan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.