Kuala Langat, 30 Disember 2021 - Misi Skuad Sukarelawan Pasca banjir KBS-IYC diteruskan lagi pada hari ini dengan penglibatan seramai 100 orang sukarelawan di perkampungan orang Asli Bukit Tadom, Kuala Langat.
Sukarelawan ini terdiri daripada pegawai KBS, kakitangan IYC dan pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sukarelawan membantu penduduk kampung menjalankan kerja-kerja pencucian rumah dan pembuangan sisa sampah disekitarnya.
Misi membantu akan diteruskan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terkesan akibat banjir.