Hulu Langat, 22 Disember 2021 - Team sukarelawan IYC yang terdiri dari 19 orang kakitangan dan 13 orang pelajar Universiti Malaya telah terlibat dalam melaksanakan misi bantuan banjir di bawah Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS.
Team ini menjalankan kerja-kerja pencucian dan pembersihan di Kampung Sungai Serai, Batu 11 1/2. Hulu Langat. Keadaan lumpur yang tebal memerlukan jentera jentolak foxen untuk membuka jalan masuk ke rumah dari jalan besar. YBrs. Dr. Hj. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah IYC hadir bersama bagi menjayakan gerakan kerja ini.
Tenaga kerja sukarelawan ini memfokuskan kepada kerja-kerja pasca bencana iaitu kerja-kerja pembersihan.
Semoga dengan usaha kecil ini dapat membantu dan meringankan beban pihak yang berkaitan.
TEMPAH KEMUDAHAN IYC
Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa