KUALA LUMPUR - Karnival Kerjaya dan Keusahawanan anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti, Bangsar Pudu dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sidang media telah diadakan pada 5 Februari 2015 bertempat di IYC.

Karnival ini bakal diadakan pada 18  hingga 19 Mac 2015 bertempat di IYC. Karnival Kerjaya dan Keusahawanan juga akan melibatkan ibu bapa dalam aktiviti persekolahan di mana bukan pendidik sahaja yang perlu memikul tanggungjawab malahan ibu bapa juga merupakan salah satu pendorong kepada pelajar itu untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik bagi memastikan objektif program tercapai dengan jelas.

Antara pengisian sepanjang karnival yang akan berlangsung selama dua hari ialah seperti mengadakan karnival keusahawanan, pameran kerjaya dan kaunseling yang disertai oleh agensi kerajaan dan swasta. Selain daripada itu, aktiviti berbentuk  pertandingan juga akan diadakan iaitu pertandingan futsal dan bola jaring.

Antara yang turut hadir ke sidang media adalah Tuan Wan Zaidi, Pn. Hjh. Asiah Husin, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Cik Azura Abidin, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan En. Faizal Mohammad Arshad, Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Perempuan Bandaraya Kuala Lumpur.

 

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.      

 

Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin

FaLang translation system by Faboba