Kuala Lumpur, 23 Mei 2022 - Sesi taklimat dan perbincangan bersama International Islamic University Malaysia (IIUM) telah dihadiri oleh YBrs, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC), YBrs. Prof. Madya Dr. Zulkifli Hasan, Timb. Rektor, Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti , IIUM, Pn. Mizan Mohamad Pengarah, IWON, IIUM, Dr. Hamwira Yaakob, Ketua Jabatan, STADD, IIUM, En. Pathma Seelan, Timbalan Pengarah IYC, En. Ahmad Izzuddin Yunus, Penolong Pengarah, ODRSDCE, IIUM, En. Darwisy Roslan, Presiden Persatuan Pelajar IIUM, En. Rahman, Persatuan Pelajar IIUM dan Ketua - Ketua Bahagian serta pegawai Bahagian Program IYC.
Sesi ini bertujuan membincangkan peluang kerjasama antara IYC dan IIUM bagi pembangunan sahsiah siswa/pelajar antarabangsa dan tempatan khususnya dalam bidang pengantarabangsaan serta komuniti lestari.