Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
MIRI, 10 OKTOBER 2016 – Menyahut seruan “Are You Up For Challenge?” sempena Hari Sukan Negara 2016, IKBN Miri telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk sambutan kali ini pada Sabtu lepas. 

Antara aktiviti yang diadakan adalah zumba fitness, ‘fun-run’, aktiviti bola padang seperti bola sepak, bola jaring, bola tampar, ragbi, sepak takraw dan futsal. Sambutan bermula dengan zumba fitness pada jam 7 pagi yang disertai oleh semua kakitangan dan pelajar IKBN Miri.

Majlis perasmian sambutan Hari Sukan Negara 2016 IKBN Miri telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Miri, Tuan Mohamad @ Mohd Yusuf bin Long yang kemudiaannya melepaskan para pelajar untuk acara larian.

Ucapan perasmian Tuan Pengarah antaranya menyentuh kepentingan amalan bersukan sebagai satu gaya hidup yang sihat di samping memberi kata dorongan dan semangat kepada kontigen IKBN Miri yang akan berlepas ke IKBN Naka untuk Sukan ILKBS 17 Oktober kelak.

Disediakan oleh : IKBN Miri
Disunting oleh : Shahrom Abdullah (UKK)

MAKLUMAN TERKINI

 

 

 

 

 

 

PAKEJ MAJLIS HARI RAYA

Tawaran bermula pada 9 Mei hingga 30 Jun 2022.

Harga Pakej bermula RM 61.80 🤗🤗🤗Tempah sekarang untuk Majlis Hari Raya anda !!!

📞 03 - 91719204 /05📧 marketing@iyckul.org.my
* Tertakluk kepada terma dan syarat

 

 

 

PENGUMUMAN 📢
 
Pengurusan IYC menangguhkan program IYC Envoy Europe 2022 yang dijadualkan berlangsung
di Poland, Czech Republic, Austria, Slovakia dan Hungary pada 21 Jun hingga 5 Julai 2022 pada satu tarikh yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa menerusi laman sesawang dan laman sosial IYC.
 
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, boleh merujuk kepada
Encik Jadzreill Jaafar di talian 03-91719204 atau +60 18-988 5276.
 

 

KENYATAAN TENDER

Pelawaan adalah dibuka kepada semua kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkenaan bagi melaksanakan kerja-kerja seperti berikut : 


Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform 'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

 

 

 

 

Go to top