Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
Kota Kinabalu, Sabah, 29 Januari 2022 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Program “WOW” - Woman On Wheels (Mengangkat Darjat Wanita Rentan) Zon Borneo (Sabah) di Arena Belia, Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Program ini merupakan anjuran Koperasi Majlis Belia Malaysia (KoMBM) dengan kerjasama Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan Team KBS.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Abqaree Fawwaz Abekan (Presiden Majlis Belia Sabah) dengan ucaptama majlis telah disampaikan oleh YBrs.Dr.Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Turut hadir Puan Misjijah Binti Marul, Setiausaha Bahagian Kewangan, Team KBS.
 
Pelaksanaan Program “WOW” ini bertujuan mengeluarkan golongan wanita rentan dari garis kemiskinan dengan mengadakan program yang boleh membantu mereka mengubah perspektif masyarakat luar seterusnya sebagai liabiliti kepada aset yang mampu membangunkan masyarakat dan negara.
 
Impak pelaksanaan program ini diharapkan dapat merungkai isu yang melihatkan nasib wanita muda B40, wanita OKU dan ibu tunggal di negara ini yang sering mendapat perhatian masyarakat terutama dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Ianya juga dapat meringankan beban yang ditanggung oleh golongan wanita untuk meneruskan kelangsungan hidup seharian terutamanya yang berpendapatan rendah, ibu tunggal atau suami yang hilang sumber pendapatan.
 

MAKLUMAN TERKINI

 

 

 

 

 

 

PAKEJ MAJLIS HARI RAYA

Tawaran bermula pada 9 Mei hingga 30 Jun 2022.

Harga Pakej bermula RM 61.80 🤗🤗🤗Tempah sekarang untuk Majlis Hari Raya anda !!!

📞 03 - 91719204 /05📧 marketing@iyckul.org.my
* Tertakluk kepada terma dan syarat

 

 

 

PENGUMUMAN 📢
 
Pengurusan IYC menangguhkan program IYC Envoy Europe 2022 yang dijadualkan berlangsung
di Poland, Czech Republic, Austria, Slovakia dan Hungary pada 21 Jun hingga 5 Julai 2022 pada satu tarikh yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa menerusi laman sesawang dan laman sosial IYC.
 
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, boleh merujuk kepada
Encik Jadzreill Jaafar di talian 03-91719204 atau +60 18-988 5276.
 

 

KENYATAAN TENDER

Pelawaan adalah dibuka kepada semua kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkenaan bagi melaksanakan kerja-kerja seperti berikut : 


Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform 'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

 

 

 

 

Go to top