Kuala Lumpur, 11 April 2022 - Program sumbangan bubur lambuk Ramadan KBS 2022 telah dijalankan pada 11 - 22 April 2022 dengan penglibatan beberapa orang sukarelawan, kakitangan dan pegawai KBS serta kakitangan IYC.
 
Program yang dilaksanakan secara rewang/ bergotong-royong ini merupakan anjuran KBS dan telah diselaraskan oleh Pusat Belia Antarabangsa bermula jam 9.00 pagi.
Sebanyak 600 sumbangan bubur lambuk telah diedarkan pada hari ini kepada kumpulan sasar. Selain mengeratkan silaturrahim dalam menjalankan aktiviti bersama, program sebegini meningkatkan rasa syukur dan kelebihan bersedekah di bulan Ramadan serta berkongsi rezeki dengan pihak yang memerlukan diluar sana.
 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menyumbang dan turut menaja sumbangan bubur lambuk serta TEAM KBS yang turut hadir.
 
 
 
#TeamKBS
#IYCMalaysia
#KeluargaMalaysia
FaLang translation system by Faboba