Pulau Pinang, 18 Julai 2020 - Program Projek Sifar Sisa dan Kitaran Ekonomi Komuniti dalam Bidang Pertanian Bandar telah diadakan pada 18 Julai 2020 di Yayasan Lestari Balik Pulau, Pondok Moden Darussalam, Pulau Pinang (Puteri), anjuran Eco Green Global Sdn Bhd.

Program ini telah melibatkan penyertaan seramai 60 orang dari pelbagai latarbelakang dan bidang. Pengurusan IYC juga telah menghantar Encik Abdullah Asahari bin Mohd Johari, pegawai di Bahagian Program untuk mempelajari teknik menguruskan sisa terbuang yang boleh dimanfaatkan kepada pertanian bandar di IYC.

Antara objektif program ini adalah memberi peluang kepada peserta mempelajari proses pembuatan baja organik dan sabun organik dari sisa bahan terbuang.

#IYCMalaysia
#iycurbanfarming
#LeavingNoOneBehind

FaLang translation system by Faboba