Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

22 Ogos 2019, Pihak Pengurusan IYC mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan, Cheras Kuala Lumpur kerana telah melaksanakan Program Pecutan Akhir bagi pelajar tahun 6 buat kali ke-5 di Pusat Belia Antarabangsa bermula pada 20 hingga 22 Ogos 2019.

Pihak IYC sangat berbesar hati dan menyokong pelaksanaan program-program sebegini pada masa akan datang di mana secara tidak langsung para pelajar dapat memahami peranan dan fungsi yang dimainkan oleh IYC dalam aspek pembangunan belia secara khusus dan program yang boleh disertai sehingga di peringkat Antarabangsa, selain dari menyediakan kemudahan yang boleh digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Terima kasih kepada guru penyelaras program ini iaitu Puan Zarina Jamil. Majlis Penutup Program telah disempurnakan oleh Puan Halizah Abdul Hamid selaku Penolong Kanan Tadbiran & Kokurikulum pada 22 Ogos 2019 dan turut diserta wakil dari Pengurusan IYC iaitu Puan Hasnila Mohd Jani selaku Eksekutif Kanan (Pentadbiran).

Pengurusan IYC mendoakan semoga para pelajar dari SK Seri Bintang Selatan beroleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2019!!!

MAKLUMAN TERKINI

 

 

 

 

 

 

PAKEJ MAJLIS HARI RAYA

Tawaran bermula pada 9 Mei hingga 30 Jun 2022.

Harga Pakej bermula RM 61.80 🤗🤗🤗Tempah sekarang untuk Majlis Hari Raya anda !!!

📞 03 - 91719204 /05📧 marketing@iyckul.org.my
* Tertakluk kepada terma dan syarat

 

 

 

PENGUMUMAN 📢
 
Pengurusan IYC menangguhkan program IYC Envoy Europe 2022 yang dijadualkan berlangsung
di Poland, Czech Republic, Austria, Slovakia dan Hungary pada 21 Jun hingga 5 Julai 2022 pada satu tarikh yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa menerusi laman sesawang dan laman sosial IYC.
 
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, boleh merujuk kepada
Encik Jadzreill Jaafar di talian 03-91719204 atau +60 18-988 5276.
 

 

KENYATAAN TENDER

Pelawaan adalah dibuka kepada semua kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkenaan bagi melaksanakan kerja-kerja seperti berikut : 


Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform 'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

 

 

 

 

Go to top