Kuala Lumpur, 27 Januari 2020 - IYC dan Majlis Belia Asia (AYC) dengan kerjasama KBS telah menganjurkan program "Asia Speaks - Japan Chapter" bertemakan "Urban Resilience" pd 24 Januari 2020 di Universiti Kitakyushu, Fukuoka, Jepun.

Pengisian forum Asia Speaks memberi fokus kepada perbincangan isu-isu penting berkaitan kelestarian di peringkat sejagat khususnya di Benua Asia. Perbincangan di Fukuoka menjurus kepada teras Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) ke-11 iaitu Perbandaran dan Komuniti.

Antara pembentang dalam Forum Asia Speaks yang mewakili belia Malaysia ialah Encik Shahriman Shahrul Zaman, Alumni MyCorps dan Cik Miki Fujita wakil belia Jepun yang merupakan pelajar tahun 4 dari Universiti Kitakyushu serta moderator forum pula ialah Cik Nur Anis Mastura Azri Iskandar yang merupakan Alumni MyCorps juga Ahli Felo Perdana.

YBhg. Prof. Dr. Kaori Shinozaki dari "Faculty of Foreign Studies University Kitakyushu" telah berkongsi tentang aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh pihak universiti semasa malapetaka gempa bumi berlaku.

YBrs Dr. Waitchalla RRV Suppiah, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) merangkap Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Pusat Belia Antarabangsa telah menyampaikan ucaptama manakala Presiden Universiti Kitakyushu, YBhg.Prof.Dr. Takashi Matsuo telah menyampaikan ucapan dalam majlis penutup.

Ucapan perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Hj. Mohamed Maliki Mohamed Rapie, Pengarah IYC, selaku Setiausaha Agung AYC bagi mewakili Encik Mohamed Zahid, Naib Presiden AYC.

FaLang translation system by Faboba