Hanoi, 13 Mei 2022 - YBrs.Dr. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee, Pengarah IYC telah mengadakan satu pertemuan bersama NGO 2030 Youth Force di Hanoi, Vietnam. Perbincangan ini telah diadakan di Green One UN House bersama Cik Vuong Hong Ngoc, Youth Community Engagement Officer, United Nations Development Programme dan wakil daripada NGO 2030 Youth Force iaitu Cik Dao Ngoc Phuong Linh - Chairwoman, Encik Le Hoang Hai - National Coordinator, Cik Nguyen Dieu Linh - Research & Development Coordinator dan Cik Pham Nguyen Khanh Linh - Assistant to National Coordinator.

Antara agenda perbincangan adalah perkongsian inisiatif dan program SDG yang IYC telah dilaksanakan sejak tahun 2016, perkongsian tentang peranan IYC sebagai Pusat Pengantarabansaan Belia dan potensi kerjasama dua hala dalam Latihan, Program Pertukaran Belia dan Program Latihan Internship. 2030 Youth Force Vietnam yang mempunyai hubungan kuat bersama 2030 Youth Force Asia Pasific turut menawarkan kerjasama bagi membuka Cawangan 2030 Youth Force Malaysia. Melalui kolaborasi ini akan memberi ruang dan peluang yang lebih luas bagi bakat serta pimpinan Belia Malaysia memainkan peranan pada peringkat serantau dan Antarabangsa.

Turut dikongsikan ialah pelaksanaan program Malaysia Youth SDG Summit yang akan diadakan di IYC pada 11-12 Jun 2022.

IYC amat gembira dengan memperkembangkan rangkaian dan kolaborasi antarabangsa terutamanya di rantau Asia Tenggara melalui pertemuan ini.

#IYCMalaysia

#SDG2030

#KeluargaMalaysia

 

FaLang translation system by Faboba