Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

Kuala Lumpur, 14 Januari 2020 - Pengurusan IYC telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Januari 2020 di Bilik Sakura pada jam 3.00 petang. Perhimpunan kali ini diselaras oleh Bahagian Pentadbiran di bawah kelolaan Pn. Hasnila Binti Mohd Jani, Eksekutif Kanan (Pentadbiran). Aturcara majlis perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Wawasan IYC, lagu Malaysia Bersih, bacaan doa, lafaz ikrar, sesi perkongsian ilmu daripada Pn. Hasnila Binti Mohd Jani, Eksekutif Kanan (Pentadbiran) bertajuk Datuk Dr. Nicol Ann David, Pn. Norliza Binti Mansor bertajuk Menghormati Ibu Bapa Kunci Keberkatan Hidup dan Cik Norahsikin Binti Daud dengan tajuk Tips Mengatasi Rasa Mengantuk Semasa Bekerja.

Pengarah IYC, YBhg. Dr.  Mohamed Maliki didalam ucapannya menyebut tentang kepentingan mempunyai etika dan sikap yang lebih terbuka, positif, berdaya saing dan menghormati orang lain dalam memastikan setiap tugasan dijalankan dengan sempurna tanpa mewujudkan suasana yang tidak sihat.  Beliau juga turut mengingatkan kepada semua kakitangan IYC tentang lima (5) nilai murni yang menjadi pegangan asas IYC sejak penubuhan lagi.  

Dr.  Mohamed Maliki turut menyentuh beberapa perkara yang boleh menjadi motivasi dan pengajaran termasuklah masalah dan isu berkaitan media sosial masa kini antara nya ialah  masalah identiti yang dikenali sebagai “Fake Syndrome” yang timbul daripada budaya sosial media seperti Fabebook, Instagram dan sebagainya.

Pengarah IYC juga mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan IYC bagi bulan Disember 2019 ialah En. Muhammad Aqif Mu’in Bin Mohd Rafidi (Penyambut Tetamu) daripada Bahagian Pemasaran. Majlis perhimpunan diakhiri dengan cabutan bertuah dan sambutan hari lahir kakitangan IYC bagi bulan Januari 2020.

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 

 

 

 

 

 

PAKEJ MAJLIS HARI RAYA

Tawaran bermula pada 9 Mei hingga 30 Jun 2022.

Harga Pakej bermula RM 61.80 🤗🤗🤗Tempah sekarang untuk Majlis Hari Raya anda !!!

📞 03 - 91719204 /05📧 marketing@iyckul.org.my
* Tertakluk kepada terma dan syarat

 

 

 

PENGUMUMAN 📢
 
Pengurusan IYC menangguhkan program IYC Envoy Europe 2022 yang dijadualkan berlangsung
di Poland, Czech Republic, Austria, Slovakia dan Hungary pada 21 Jun hingga 5 Julai 2022 pada satu tarikh yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa menerusi laman sesawang dan laman sosial IYC.
 
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, boleh merujuk kepada
Encik Jadzreill Jaafar di talian 03-91719204 atau +60 18-988 5276.
 

 

KENYATAAN TENDER

Pelawaan adalah dibuka kepada semua kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkenaan bagi melaksanakan kerja-kerja seperti berikut : 


Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform 'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

 

 

 

 

Go to top