Bukit Jalil, 29 Mac 2022 - Perbincangan awal perancangan Program Pelancongan Perubatan Sukan (Sports Health Tourism Program) antara Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan Institut Sukan Negara (ISN) telah berlangsung di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil.
 
Pelancongan perubatan sukan berpotensi menjadi penyumbang kepada pemulihan sektor pelancongan perubatan yang telah menjana sebanyak RM1.7 bilion kepada negara pada 2019.
Cadangan kolaborasi IYC-ISN ini bakal menawarkan pakej pelancongan perubatan sukan dan perkhidmatan sains sukan termasuk penginapan kepada pelancongan domestik melibatkan pengiat sukan, persatuan dan kelab sukan sekolah dan universiti terutamanya golongan belia.
 
Perbincangan tersebut dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ahmad Faedzal Md. Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara. Turut hadir bersama YBrs. Dr. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa.
 
Sebagai agensi yang sama-sama bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan, IYC dan ISN yakin bahawa kerjasama strategik kedua-dua organisasi ini mampu memberi manfaat kepada rakyat khususnya dalam aspek industri dan pembangunan sukan serta kesihatan.
 
 
#IYCMalaysia
#SDG2030
#TeamKBS
#KeluargaMalaysia
#kitajagakita
FaLang translation system by Faboba