Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
PORT DICKSON, 25 MAC 2016 – Seramai 30 orang pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan telah mengikuti Bengkel Futures Thinking & Scenario Planning anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam (INTAN) dari 24 – 25 Mac 2016.

Bengkel yang bermula pada sebelah pagi 24 Mac 2016 tidak menghalang pegawai-pegawai kanan untuk menghadirkan diri dan memberikan sepenuh komitmen sepanjang sesi pembelajaran disampaikan. Pendekatan yang digunakan oleh penceramah iaitu En. Muhammad Nazim Abd. Rahman, Perunding Latihan Kanan, Kluster Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif, INTAN Bukit Kiara secara terperinci dan mendalam telah membuka pemahaman yang luas kepada semua pegawai kanan tentang konsep penting di dalam bidang ilmu Futures Thinking and Scenario Planning. Sepanjang dua hari bengkel berlangsung, para peserta telah menjalani latihan dalam kumpulan secara brainstorming, perbincangan dan pembentangan.

Sesi perbincangan ini mendapat penglibatan aktif kesemua peserta dengan dibantu oleh penceramah. Setiap kumpulan berusaha mempersembahkan idea-idea terbaik berdasarkan tugasan yang diberi. Setiap kumpulan juga diberi peluang untuk memberikan pandangan dan cadangan ke atas idea-idea yang telah dipersembahkan oleh kumpulan yang lain. Bengkel ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato’ Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan semasa Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil.

Beliau berasa bangga kerana pegawai-pegawai kanan telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen sepanjang bengkel ini. Beliau juga meletakkan harapan yang tinggi agar pegawai-pegawai kanan ini akan berupaya melaksanakan inisiatif Futures Thinking and Scenario Planning di Kementerian Belia dan Sukan.


Disediakan oleh: 
Siti Syakirah Hj Yazid
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

MAKLUMAN TERKINI

 

 

 

 

 

 

PAKEJ MAJLIS HARI RAYA

Tawaran bermula pada 9 Mei hingga 30 Jun 2022.

Harga Pakej bermula RM 61.80 🤗🤗🤗Tempah sekarang untuk Majlis Hari Raya anda !!!

📞 03 - 91719204 /05📧 marketing@iyckul.org.my
* Tertakluk kepada terma dan syarat

 

 

 

PENGUMUMAN 📢
 
Pengurusan IYC menangguhkan program IYC Envoy Europe 2022 yang dijadualkan berlangsung
di Poland, Czech Republic, Austria, Slovakia dan Hungary pada 21 Jun hingga 5 Julai 2022 pada satu tarikh yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa menerusi laman sesawang dan laman sosial IYC.
 
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, boleh merujuk kepada
Encik Jadzreill Jaafar di talian 03-91719204 atau +60 18-988 5276.
 

 

KENYATAAN TENDER

Pelawaan adalah dibuka kepada semua kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkenaan bagi melaksanakan kerja-kerja seperti berikut : 


Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform 'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

 

 

 

 

Go to top