Kuala Lumpur, 18 November 2021 - Persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh YBrs. Dr. Hj.Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa bersama En. Aminuddin bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Pasaraya Pak Aji dengan disaksikan oleh YB Dato' Haji Kamarudin Jaffar, Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Majlis turut dihadiri oleh Muhamad Adli Salihin bin Samsudin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian Malaysia; Ustaz Mohd Arif bin Abdul Samat, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI); Tuan Hj. Abdul Murat bin Abdul Wahab, Pengerusi Masjid Saidina Othman Ibn Affan.
Program Pertanian Bandar yang dirintis oleh Pusat Belia Antarabangsa (IYC) sejak tahun 2016 merupakan inisiatif IYC untuk menggerakkan projek yang dapat memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat dalam mendepani isu-isu keselamatan dan kualiti makanan, sifar lapar dan masyarakat bandar yang mampan
sepertimana yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Komitmen IYC dalam menyantuni golongan tersebut telah disambut baik oleh
pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) apabila IYC telah diberi kepercayaan
menggerak dan membimbing golongan belia bandar dan komuniti melaksanakan
Program Youth Agrocity.
Program ini mendapat kerjasama erat daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) KBS, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBSWPKL) dan Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian Kuala Lumpur/Putrajaya.
Program Youth Agrocity telah berjayadilaksanakan di Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak, PPR Seri
Cempaka, Pantai Dalam dan Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.
Hari ini penglibatan Pasaraya Pak Aji dalam memasarkan hasil pertanian bagi program ini dilihat sebagai pengiktirafan hasil kerja para peserta program yang memberi impak besar ke atas semangat mereka untuk meneruskan program pertanian bandar.
Dengan adanya kerjasama daripada semua pihak berkenaan, program ini diharap dapat menggalakkan lebih ramai masyarakat bandar melaksanakan projek pertanian di kawasan masing-masing.
TEMPAH KEMUDAHAN IYC
Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa