12 Januari 2022, Pagoh Johor - Misi Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS-IYC diteruskan di lokasi baharu iaitu di Kampung Lenga dan Kampung Sungai Berani, Pagoh, Johor sehingga hari Ahad.
Gerakan kerja ini melibatkan pegawai KBS, kakitangan IYC dan sukarelawan daripada Batu Pahat.
Para sukarelawan membantu membersihkan rumah, peralatan dan kawasan sekeliling penduduk kampung yang terjejas akibat banjir. Kerja-kerja ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan dan kesedihan yang ditanggung oleh mereka. Bak kata papatah; berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Semoga ada sinar baharu buat mereka pada masa akan datang.
TEMPAH KEMUDAHAN IYC
Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa