
Janda Baik, 9 Januari 2022 - Misi Skuad Pasca Banjir KBS-IYC masih diteruskan lagi dengan menyambung kerja-kerja membersihkan beberapa buah rumah dan kawasan sekitar di Kampung Janda Baik, Pulau Santap, Bentong Pahang yang terjejas akibat banjir.
Bantuan sukarelawan melibatkan Team Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (ILEAD), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia (MFWDA) dan pertubuhan belia dari kampung tersebut.
Semoga usaha dan bantuan membersihkan kawasan dan rumah penduduk kampung yang terkesan akibat banjir dapat meringankan beban penduduk kampung.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.