KUALA LUMPUR, 17 April 2018– Penubuhan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) pada 16 April 1988 sentiasa menjadi ingatan dan diraikan oleh kakitangan IYC, rakan kongsi dan NGO yang berada di dalam premis IYC. Kini genap 30 tahun IYC ditubuhkan. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Majlis Tahlil dan Doa Selamat pada 16 April 2018 diadakan sebagai tanda syukur dan mendoakan kesejahteraan serta pembangunan IYC secara berterusan pada masa-masa akan datang. 

 

Bersempena dengan majlis tersebut, turut diadakan adalah sesi tazkirah yang bertajuk ‘Ibrah Kehidupan’ yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Afandi bin Che Harun, Pegawai Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

 

Pengarah IYC berharap dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan, Penyewa dan NGO Belia di IYC. Pengisian majlis juga sedikit sebanyak memberikan motivasi dan pengajaran supaya kakitangan terus memaksimakan potensi diri untuk menjadikan IYC terus cemerlang dan membangun sebagai sebuah Pusat Pembangunan Belia tempatan dan antarabangsa.  

 

Disediakan oleh : Dewi Yusmalaila Muhamad

E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.     

 

Disunting oleh : Hasnila Mohd Jani

E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

FaLang translation system by Faboba