Kuala Lumpur, 15 April 2022 - Sempena Sambutan Ulang Tahun IYC ke-34 pihak Pengurusan telah menganjurkan Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Tazkirah Bulan Ramadan 1433H/2022M di Bilik Bunga Raya pada hari ini. Majlis bermula jam 10.00 pagi dengan penglibatan kakitangan dan penyewa IYC.
Bacaan tahlil, doa selamat dan tazkirah telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) iaitu Ustaz Muhammad Hatta Bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Unit Kebajikan Islam, Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.
Tazkirah dengan tajuk; “Islam Itu Sempurna : Saya mestilah Islam dari Segi Aqidah”. Pengisian penting ceramah yang disampaikan adalah berkisar tentang 3 rukun utama dalam Islam iaitu Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Ihsan yang perlu menjadi pegangan dan amalan dalam kehidupan harian umat islam.
Islam juga amat menekankan supaya umatnya sentiasa menjaga akhlak dan menjadi contoh yang baik supaya ianya akan melahirkan umat Islam yang membangun secara seimbang rohani dan jasmani serta berjaya dunia akhirat.
#IYCMalaysia
#sdgs2030
#ramadankareem
#KeluargaMalaysia
#JABATANAGAMAISLAM
FaLang translation system by Faboba