KUALA LUMPUR, 17 April 2015 – Pusat Belia Antarabangsa (IYC) menyambut Hari Ulangtahunnya yang ke-27 dengan mengadakan Majlis Tahlil dan Doa semalam di bilik Bunga Raya, IYC yang melibatkan kakitangan dan penyewa-penyewa IYC.
Majlis diketuai oleh Ustaz Mohamad Afandi bin Che Harun, Pegawai Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Harapan Pengurusan IYC, semoga segala usaha dan impian sebagai sebuah pusat keilmuan dan pembangunan belia akan tercapai dan mendapat keberkatannya. Majlis turut dilengkapkan dengan Solat Asar berjemaah di surau IYC.
Majlis ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim dikalangan kakitangan dan penyewa-penyewa disamping berperanan dalam memajukan pembangunan IYC.
Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin
TEMPAH KEMUDAHAN IYC
Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa