Kuala Lumpur, 18 Mac 2022 - Majlis perhimpunan bulanan kakitangan IYC bagi bulan Mac 2022 telah dilaksanakan pagi ini di Bilik Bunga Raya jam 9.00 pagi.
YBrs. Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah IYC telah menyampaikan ucapan dan amanat kepada semua kakitangan yang hadir dalam majlis ini.
Tahniah kepada Puan Dewi Yusmalaila Binti Mohammad atas usaha dan perkhidmatan terbaik yang diberikan serta dipilih sebagai Pekerja Terbaik bagi bulan Februari.
Tahniah juga kepada kakitangan yang menerima saguhati bagi kehadiran terbaik.
Beberapa kakitangan telah melaksanakan ikrar akujanji perkhidmatan bagi tahun 2022 dihadapan Pengurusan tertinggi sebagai bukti keakuran kakitangan untuk menjalankan perkhidmatan yang terbaik dan penuh iltizam.
Sedikit sesi perkongsian ilmu dari Saudari Anis Syahirah binti Anuwar, pelajar intern dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang merupakan salah satu aktiviti untuk pelajar intern dan pendedahan kepada suasana bekerja serta berkongsi pengalaman.
Majlis turut meraikan kakitangan yang menyambut hari lahir pada bulan Mac dan cabutan bertuah yang disediakan dari Bahagian Akaun selaku pengajur.
TEMPAH KEMUDAHAN IYC
Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa