Kuala Lumpur, 5 Mac 2022 - Majlis Perasmian Program 'Women on Wheels' WOW bagi ZON Tengah telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Rizalman Bin Dato’ Mokhtar Pengerusi SWCorp di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur pada 5 Mac 2022 dengan penglibatan hampir seramai 50 orang peserta.
Program ini adalah anjuran IYC dengan kerjasama Koperasi Majlis Belia Malaysia, KBS, PUSPANITA dan MBOKU.
Datuk Rizalman telah melahirkan persetujuan untuk mengadakan perjanjian persefahaman untuk melaksanakan program-program bersama IYC di masa hadapan. Puan Asyqah selaku pihak DBKL cawangan Bandar Tun Razak juga amat menggalakkan para peserta menjalankan perniagaan di sekitar Bandar Tun Razak.
Peserta diberi kesempatan melawat pameran perniagaan yang menjadi rakan strategik dan perkongsian ilmu dalam program ini iaitu terdiri dari produk tempatan iaitu Al-Bathal (En. Ibrahim Bin Md.Roslan) Summerfield (Cik Ema Nuraqila Bt Idris) NARASKIN (Nordiana Bt Ibrahim) All-Ha (Mardiana Bt Sharif) dan Wany’s Snack Sdn Bhd (Nur Shamsidar Bt. Mustapha @ Mustafa)