Kuala Lumpur, 20 Mac 2022 - WOW dengan jayanya telah mempunyai team bakal-bakal usahawan wanita berjaya hasil dari bengkel pada 19 dan 20 Mac 2022 !!!
Mereka adalah wanita-wanita hebat yang memikul tanggungjawab berat demi kelangsungan hidup dan keluarga tersayang. Mereka bangkit dengan nekad dan tekad untuk terus mengorak langkah ke hadapan tanpa menjadikan alasan ujian kehidupan dan cabaran pandemik Covid-19 sebagai penghalang kepada kejayaan.
Sokongan dan semangat daripada orang-orang hebat dalam Majlis Perasmian Penutup Usahawanita WOW amat dihargai. Kehadiran YBhg. Datuk Seri Jamil Bin Salleh, Pengerusi Lembaga Pengarah Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan YBhg.Datuk Hjh.Hatipah Binti Ibrahim, Ahli Lembaga Amanah Yayasan Pusat Belia Antarabangsa amat bermakna dalam majlis ini.
Semoga program ini memberi inspirasi dan suntikan semangat kepada wanita-wanita diluar sana untuk terus kuat menempuh liku-liku kehidupan yang semakin mencabar.
TEMPAH KEMUDAHAN IYC
Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa