Kota Bharu, 19 Februari 2022 - Telah berlangsung Majlis Pelancaran Program 'Women on Wheels' WOW bagi ZON Pantai Timur di Kompleks Belia dan Sukan Kelantan, Panji, Kelantan pada 19 Februari 2022 dengan penglibatan hampir seramai 50 orang peserta. Program anjuran IYC dengan kerjasama Koperasi Majlis Belia Malaysia.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Rohani Binti Abu Hassan; Ahli Jemaah Pengarah Peladang Nita,Pertubuhan Peladang Kawasan Tanah Merah;Merangkap Timbalan Ketua Wanita SAHABAT;Parlimen Tanah Merah danMantan Pengerusi TetapMajlis Belia Malaysia. Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Puan Laila Nazura Binti Nawi, PengarahJabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan.
Peserta diberi kesempatan melawat pameran perniagaan yang menjadi rakan strategik dalam program ini. Program ini bertujuan mengangkat martabat wanita rentan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
TEMPAH KEMUDAHAN IYC
Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa