Kuala Lumpur, 20 Disember 2021 - Lawatan Encik Pathma Seelan, Timbalan Pengarah IYC mewakili pihak Pengurusan bersama Encik Kalai Kishan mewakili Bahagian Program IYC ke lokasi Flat Sri Johor, Cheras bagi meninjau keadaan mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran semalam.
Perbincangan telah diadakan bersama Encik Shahrulnizam Bin Mazlan, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Kanan Daerah Cheras, Jabatan Kebajikan Masyarakat WPKL berhubung bantuan Pengurusan IYC untuk menawarkan kemudahan penginapan sementara kepada mangsa kebakaran yang memerlukan penginapan.
Sokongan dan usaha kecil pihak IYC ini sedikit sebanyak membantu komuniti setempat kawasan Bandar Tun Razak sekaligus meningkatkan semangat masyarakat yang saling bantu membantu dalam apa jua keadaan.
TEMPAH KEMUDAHAN IYC
Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa