IYC Cheras, 5 Mac 2020 - Pihak Pengurusan IYC telah menerima kunjungan lawatan pelajar-pelajar dari sekolah Tadika Ana Muslim Cyberjaya, Selangor pada 3 dan 4 Mac 2020.

Lawatan ini melibatkan penyertaan seramai 151 kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 6 tahun. Turut hadir CEO Tadika Ana Muslim, Puan Lea EdzDiani Ghazalli bersama 15 orang guru pengiring.

Antara pengisian yang telah diadakan ialah lawatan ke Projek Urban Farming (rooftop IYC), Projek Little Farm IYC dan aktiviti seni kraftangan di Pusat Sumber Belia IYC. Semua hasil projek dibawa pulang oleh kanak-kanak sebagai proses pembelajaran.

Aktiviti sebegini merupakan kaedah pendidikan secara holistik yang melibatkan pelbagai aspek seperti proses pembelajaran, cara berfikir, kemahiran berkomunikasi, proses pengajaran yang lebih menarik seperti menerusi permainan dan pengendalian aktiviti luar, disiplin diri, keyakinan diri, tanggungjawab, pemikiran kreatif dan kebolehan menyelesaikan masalah.

FaLang translation system by Faboba