Kuala Lumpur, 29 September 2017 – Satu lawatan sambil belajar dari Sekolah Kebangsaan Gunong, Bachok, Kelantan ke IYC telah pada diadakan pada 29 September 2017.  Lawatan ini telah disertai oleh seramai 33 orang pelajar serta 5 orang guru. Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari bagaimana pihak IYC menganjurkan program-program pembangunan belia khususnya di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Taklimat berkaitan Pusat Belia Antarabangsa telah disampaikan oleh Encik Marzuki Bin Hashim, Eksekutif Program IYC. Selain daripada sesi taklimat, para  - pelajar telah dibawa untuk melihat kemudahan-kemudahan di IYC serta melawat projek Tanaman Bumbung IYC. Para pelajar juga telah diberikan taklimat serta penerangan tentang kaedah penanaman sayuran serta ternakan ikan atas bangunan IYC. Sesi lawatan telah diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati serta sesi fotografi kumpulan.

FaLang translation system by Faboba