PEKAN, 6 FEBRUARI 2016 Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh adalah di antara 14 yang dianugerah Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Abu Bakar disini hari ini.
 
Seramai 256 menerima darjah kebesaran sempena ulang tahun hari Keputeraan Sultan Pahang. Pada majlis yang sama, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Rakan Muda, Engku Azmi Engku Mohd. Basri dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang ( DIMP) yang membawa gelaran Dato’. Beliau adalah di antara seramai 85 individu yang dianugerahkan darjah ini.

Warga Team KBS merakamkan sekalung tahniah buat kedua-dua pemimpin tertinggi KBS ini dan mendoakan agar kedua-duanya akan terus berjaya didalam kerjaya dan kehidupan disamping terus memimpin untuk melonjakkan nama Kementerian Belia Dan Sukan di puncak kegemilangan.

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
FaLang translation system by Faboba