Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2017 – Bulan Ramadan terus diimarahkan dengan program seminar motivasi untuk kakitangan IYC dengan tajuk “Khalifah Dalam Kerja: Tingkatkan Motivasi Kerja Melalui Rasa Kehambaan dan Ketuhanan Dalam Mencari Rezeki”. Seminar ini telah dikendalikan oleh En. M.K. Fuad  Hj. Che Ab. Razak (Che E) dari Asas Insan Resources & Training pada 13 Jun (Selasa) bertempat di bilik Cempaka, IYC.

Seminar ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan dan kaitan motivasi kerja dengan sifat amanah melalui rasa kehambaan dan ketuhanan dengan erti kata lain peningkatan kecerdasan kerohanian dapat menjadikan seseorang itu lebih produktif dalam melakukan sesuatu pekerjaan tidak kira dimana berada pada setiap masa.

Umat islam juga telah diajar Nabi SAW untuk bangun seawal pagi dan bersemangat untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua lapangan pekerjaan setiap hari. Ini kerana paradigma orang Mukmin sentiasa bertitik tolak kepada buat sesuatu untuk mencapai reda ALLAH dan sehabis baik, kerana ALLAH sukakan hamba-Nya yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam bekerja. Seolah-olah bekerja di atas tikar sejadah. 

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dan At-Tabrani, “Sesungguhnya ALLAH mengasihi seseorang yang apabila melakukan sesuatu kerja, dia melakukannya dengan tekun.”

Maka, bagaimana cara bekerja yang dapat dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT? Beberapa syarat perlu dipatuhi bagi menilai sesuatu pekerjaan itu sebagai ibadah iaitu; Niat bekerja karena Allah SWT, bekerja berlandaskan keimanan dan ketaqwaan, tidak meninggalkan ibadah yang wajib, jenis pekerjaannya halal dan tidak ada unsur kemaksiatan, Profesional dan bertanggungjawab terhadap pekerjaan dan ikhlas dalam bekerja. Dalam hal ini, konsep bekerja sebagai ibadah perlu dihayati dan diamalkan. Namun, untuk dikira sebagai ibadah, tentunya ia perlu menepati ciri budaya kerja cemerlang dan ikhlas diniatkan semata-mata kerana Allah. 

Justeru, sebagai seorang pekerja terutamanya Mukmin perlulah sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi seorang pekerja yang baik dan tekun. Pamerkan kerja dengan sempurna dan sentiasa berusaha memperbaiki mutu kerja dari semasa ke semasa bagi memperolehi redha Allah dalam mencapai kecemerlangan diri dan organisasi.  

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

MAKLUMAN TERKINI

 

 

 

 

 

 

PAKEJ MAJLIS HARI RAYA

Tawaran bermula pada 9 Mei hingga 30 Jun 2022.

Harga Pakej bermula RM 61.80 🤗🤗🤗Tempah sekarang untuk Majlis Hari Raya anda !!!

📞 03 - 91719204 /05📧 marketing@iyckul.org.my
* Tertakluk kepada terma dan syarat

 

 

 

PENGUMUMAN 📢
 
Pengurusan IYC menangguhkan program IYC Envoy Europe 2022 yang dijadualkan berlangsung
di Poland, Czech Republic, Austria, Slovakia dan Hungary pada 21 Jun hingga 5 Julai 2022 pada satu tarikh yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa menerusi laman sesawang dan laman sosial IYC.
 
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, boleh merujuk kepada
Encik Jadzreill Jaafar di talian 03-91719204 atau +60 18-988 5276.
 

 

KENYATAAN TENDER

Pelawaan adalah dibuka kepada semua kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkenaan bagi melaksanakan kerja-kerja seperti berikut : 


Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform 'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

 

 

 

 

Go to top