KUALA LUMPUR – Pengurusan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah mengatur satu taklimat berhubung kempen kesedaran keselamatan kebakaran yang dikendalikan oleh pegawai dari Syarikat OSH Consulting Center pada 26 Januari 2017 bertempat di bilik Anggerik. 

 

Penglibatan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan IYC dan pekerja kontrak telah hadir ke sesi taklimat tersebut.

 

Pengisian taklimat tersebut antaranya adalah cara-cara pencegahan kebakaran, statistik kejadian kebakaran,tips keselamatan di pejabat dan rumah,cara penggunaan alat-alat keselamatan dan perkongsian beberapa kajian kes yang melibatkan kebakaran. 

 

Taklimat ini sedikit sebanyak memberikan maklumat tambahan dan manfaat kepada semua yang hadir. 

 

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Disunting oleh : Hazila binti Kamaruddin

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

FaLang translation system by Faboba