Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
 
PUTRAJAYA, 30 JUN 2016 – Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) sentiasa menghargai sumbangan kakitangan kumpulan sokongan walaupun ada pihak yang melihat sumbangan itu kecil. 

Menteri Belia Dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaludin berkata, peranan yang dimainkan kumpulan sokongan seperti pembantu operasi, pembantu awam, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan dilihat begitu besar dan penting.

Pihak-pihak ini memainkan peranan masing-masing dengan begitu berkesan sehingga melicinkan urusan pentadbiran harian di kementerian ini. YB Encik Khairy juga berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan dan mahukan agar soal kebajikan mereka ini sentiasa diberi keutamaan.

Beliau mahukan agar majlis penyampaian seperti ini diteruskan setiap tahun sebagai menghargai sumbangan yang diberikan mereka. Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Sumbangan Raya kepada 93 kakitangan sokongan yang terdiri daripada pembantu operasi, pemandu, pembantu awam, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 15, Menara KBS hari ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Lokman Hakim Ali mahukan agar semua kakitangan kumpulan sokongan terus memberikan komitmen dan sumbangan bagi mencapai visi dan misi KBS selain menjaga integriti, disiplin, amanah serta memenuhi tanggungjawab yang diberikan.

Katanya, jika seseorang itu “mencuri masa” di waktu bertugas dengan melakukan tugas-tugas peribadi, maka jumlah masa yang diambil begitu lama jika dihimpunkan untuk jangka masa sebulan, setahun atau lebih dari itu. Beliau mengingatkan tentang keberkatan pendapatan yang diperoleh dengan melakukan kerja-kerja yang diamanahkan setiap masa.

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2022
Seluruh warga IYC mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

 

 

Pelawaan adalah dibuka kepada Katerer Muslim / Pengusaha Makanan Muslim yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia 
dalam bidang/ taraf berkenaan bagi mengendalikan katering di Yayasan Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, Sila klik disini

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top