19 Ogos 2019, Pengurusan IYC telah melaksanakan Program "Jom Bebas Rasuah @ Pusat Belia Antarabangsa (IYC) untuk semua kakitangan bagi tujuan memberi pendedahan mengenai kepentingan pelaksanaan bebas rasuah di dalam organisasi dan penekanan kepada ikrar serta akujanji yang dilaksanakan bagi memastikan setiap pegawai dan kakitangan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan seterusnya menjauhkan diri dari sebarang perlakuan rasuah sepanjang tempoh perkhidmatan di IYC.

Taklimat ringkas berhubung rasuah telah disampaikan oleh Tuan Samsul Bin Salip, Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sesi bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) telah diketuai oleh YBrs. Dr. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee selaku Pengarah IYC diikuti oleh semua kakitangan IYC yang disaksikan oleh Tuan Ruslan bin Tuan Mat, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Program ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Azhar Mohamed Isa mewakili Ahli Lembaga Amanah Yayasan Pusat Belia Antarabangsa.

FaLang translation system by Faboba