Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

Johor Bahru - Pusat Belia Antarabangsa dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) telah menganjurkan program di Menara Ansar UTC Johor Bahru, Johor. Kursus ini telah dijalankan pada 17 Januari 2015 dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dan kursus telah disampaikan oleh En. Syahrul Nizam dari syarikat Profound Thinker. Kursus ini adalah salah satu program dibawah program IYC – UTC Fest 2015 selain daripada program IYC - UTC Youth Art Performance, IYC – UTC Explorace, IYC – UTC Bootcamp, IYC – UTC MyCat Rescue Rehab Rehome.

 

Seramai 32 orang peserta telah menyertai kursus ini dan penyertaan adalah percuma. Kursus ini juga adalah untuk memberikan pendedahan awal atau asas kepada para peserta khususnya belia yang berminat untuk menceburkan diri didalam bidang menghasilkan permainan komputer dan telefon pintar ini. Para peserta diajar secara asas bagaimana menghasilkan permainan arked ini tanpa perlu menggunakan bahasa komputer yang rumit seperti Java Script dan sebagainya.

 

Kursus kali ini merupakan kali ke-4 diadakan selepas di UTC Puduraya, UTC Melaka dan UTC Pahang dan akan bersambung di dua lagi UTC iaitu UTC Kedah dan Perak. Maklumbalas yang diterima daripada peserta adalah amat baik dan mereka mengharapkan supaya kursus – kursus seperti ini lebih kerap diadakan terutamanya ditempat -  tempat seperti ini.

 

Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Cik Azura Abidin, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa di Menara Ansar - UTC, Johor Bahru.

 

 

 

Disediakan oleh : Mohd Fauzi B. Khalip

 

E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

MAKLUMAN TERKINI

 

 

 

 

 

 

PAKEJ MAJLIS HARI RAYA

Tawaran bermula pada 9 Mei hingga 30 Jun 2022.

Harga Pakej bermula RM 61.80 🤗🤗🤗Tempah sekarang untuk Majlis Hari Raya anda !!!

📞 03 - 91719204 /05📧 marketing@iyckul.org.my
* Tertakluk kepada terma dan syarat

 

 

 

PENGUMUMAN 📢
 
Pengurusan IYC menangguhkan program IYC Envoy Europe 2022 yang dijadualkan berlangsung
di Poland, Czech Republic, Austria, Slovakia dan Hungary pada 21 Jun hingga 5 Julai 2022 pada satu tarikh yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa menerusi laman sesawang dan laman sosial IYC.
 
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, boleh merujuk kepada
Encik Jadzreill Jaafar di talian 03-91719204 atau +60 18-988 5276.
 

 

KENYATAAN TENDER

Pelawaan adalah dibuka kepada semua kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkenaan bagi melaksanakan kerja-kerja seperti berikut : 


Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform 'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

 

 

 

 

Go to top