KUALA LUMPUR, 21 Oktober 2015 – Pengurusan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah menerima lawatan daripada Kumpulan Penyelidik National Youth Policy Institute, South Korean yang dikendalikan oleh Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia pada 20 Oktober 2015 (Selasa) bertempat di bilik Lembaga, IYC.

 

YBhg. Tn. Hj. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee, Pengarah IYC telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai program-program pembangunan belia yang dijalankan di IYC, tayangan video pogram dan membawa tetamu melawat fasiliti dan kemudahan yang di tawarkan oleh IYC.

 

Mereka yang hadir wakil dari IPSAS, UPM ialah YBrs. Dahlia Zawawi, YBrs. Prof. Madya Dr. Abdul Lateef Krauss Abdullah, YBrs. Adriana Ortega, YBrs. Dr. Neda Tiraieyari dan penyelidik NYPI, Korea ialah Encik Kim Young Han dan Puan Lim Jee Youn.

 

 

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti  Muhamad

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin

FaLang translation system by Faboba