Kuala Lumpur, 2 Oktober 2020 - IYC sertai Kursus Sustainable Development Goals (SDG) 2020 anjuran INTAN.

Kursus anjuran Kluster Pengajian Ekonomi Dan Kewangan Awam (KEKA) di Kampus Utama INTAN, Bukit Kiara Kuala Lumpur telah dihadiri oleh 3 orang pegawai dari Pusat Belia Antarabangsa (IYC).

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada penjawat awam mengenai prestasi pelaksanaan 17 SDG di Malaysia selaras dengan matlamat SDG Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah dilancarkan pada tahun 2015.

 

FaLang translation system by Faboba