Hulu Langat, 7 Januari 2022 - Hari ini Team sukaralewan IYC bergerak bersama Malaysian Relief Agency (MRA) Selangor membuat peninjauan di Taman Sri Nanding, Hulu Langat melalui kaedah temubual dan kaji selidik kepada penduduk kampung yang terkesan akibat bencana banjir.
Kaji selidik ini bertujuan untuk menilai impak bencana banjir berdasarkan jenis kerosakan dan kerugian yang ditanggung oleh penduduk di sekitar Taman Sri Nanding. Data yang diperolehi daripada hasil kaji selidik ini akan diberi kepada Ketua Kampung.
Aktiviti ini merupakan salah satu pengisian IYC dalam melaksanakan Misi Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS-IYC.
#IYCMalaysia
#TeamKBS
#skuadsukarelawankbs
#SukarelawanBelia
#leavingnoonebehind
#KeluargaMalaysia
#kitajagakita
TEMPAH KEMUDAHAN IYC
Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa