Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2016 – Sempena bulan Syawal yang mulia pihak Pengurusan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) tidak lupa untuk bersama-sama pelanggan dan rakan-rakan strategik meraikan Hari Raya dengan cara sederhana di Sago-Sago Cafe, IYC pada 29 Julai 2016 (Jumaat) .

Majlis telah dihadiri rakan kongsi IYC, pelanggan-pelanggan, persatuan dan pertubuhan belia serta pegawai-pegawai belia di Kementerian Belia dan Sukan. Pertemuan sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kakitangan IYC dengan 'stakeholder' dan pelanggan yang setia bersama IYC serta pihak lain yang telah memberi sokongan kepada pembangunan IYC selama ini. 

YBhg. En. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee, selaku Pengarah IYC tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan semua tetamu yang hadir. Majlis dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu hari raya dari pelajar-pelajar praktikal dan kakitangan IYC.

Tetamu Kehormat yang turut hadir menyerikan majlis ialah YBhg. Dato' Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kemeterian Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Pusat Belia dan Sukan, YBhg. Datuk Hatipah binti Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan KBS, YBhg. Dato' Shamsuddim, Cik Tomoko Takahasi, En. Brian Law, Ahli Lembaga Yayasan Pusat Belia Antarabangsa, YBhg. Dato’ Soffian, Ahli Yayasan Pusat Belia Antarabangsa.

 

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad                                                                                                                                                                                                                                         E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.                                                 

Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin                                                                                                                                                                                                                                                         E-mel:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

MAKLUMAN TERKINI

 

 

 

 

 

 

PAKEJ MAJLIS HARI RAYA

Tawaran bermula pada 9 Mei hingga 30 Jun 2022.

Harga Pakej bermula RM 61.80 🤗🤗🤗Tempah sekarang untuk Majlis Hari Raya anda !!!

📞 03 - 91719204 /05📧 marketing@iyckul.org.my
* Tertakluk kepada terma dan syarat

 

 

 

PENGUMUMAN 📢
 
Pengurusan IYC menangguhkan program IYC Envoy Europe 2022 yang dijadualkan berlangsung
di Poland, Czech Republic, Austria, Slovakia dan Hungary pada 21 Jun hingga 5 Julai 2022 pada satu tarikh yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa menerusi laman sesawang dan laman sosial IYC.
 
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, boleh merujuk kepada
Encik Jadzreill Jaafar di talian 03-91719204 atau +60 18-988 5276.
 

 

KENYATAAN TENDER

Pelawaan adalah dibuka kepada semua kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkenaan bagi melaksanakan kerja-kerja seperti berikut : 


Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform 'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

 

 

 

 

Go to top