Hulu Langat, 2 Januari 2022 - Tanggungjawab melaksanakan Misi Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS-IYC masih diteruskan lagi pada hari ini dengan memfokuskan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Pusat Pengajian Pondok Bustanul Arifin, Kampung Labuhan Dagang, Selangor.
Aktiviti ini dijalankan bermula jam 9 pagi dengan penglibatan sukarelawan Seramai 200 orang yang terdiri daripada pegawai KBS, kakitangan IYC dan pelajar dari IKTBN Sepang. Tidak lupa juga penglibatan dari pihak Persatuan Budak Bus Stand Ipoh (Big Bro), Persatuan Home Stay Perak, Persatuan Jalinan Bersatu (JABAT) dan Persatuan Informasi Pelancongan dan Kesihatan Perak turut berganding bahu dalam melaksanakan misi ini.
Kerja-kerja pembersihan dijalankan bagi meringankan beban pihak madrasah yang terjejas akibat banjir. Tenaga sukarelawan membantu dalam kerja-kerja pencucian dan pembersihan beberapa kediaman di madrasah.
TEMPAH KEMUDAHAN IYC
Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa